Suatu hari nanti, saye pasti akan berjaye buat mende2 cute n sweet kt atas ni...(^_^)

Monday, June 27, 2011

Tips untuk basmi semut

gambar diambil dr  blog Life is Choice


Cara-cara nak membasmi semut-semut tu semua:


1. Cari sekeliling rumah korang benda-benda yang membri laluan dekat semut untuk masuk dekat dalam rumah, macam ranting pokok ker,semak ker, n seangkatan dengannya. Selalunya benda inilah yang semut menjalar jer masuk tingkap rumah kiter. Hapuskan!!

2. Kenal pasti sarang semut itu. Kalau rumah bersepah semut,korang ikut laluan semut tu. Kan semut kalau jalan,lurus jer..korang cari punca semut tu..kemudian barulah dapat basmi denagn berkesan.

3. Bersihkan dapur rumah korang. Bersihkanlah dapur dengan sabun. Sebab semut ni dia anti dengan benda-benda wangi. Selain semut, lalat pun takut.

4. Semburkan cuka. Bleh juga semburkan cuka dekat tingkap, pintu ataupun dekat yang semut menjalar tu. Lagi satu, boleh juga basuh dapur korang dengan campuran cuka dan sabun. Sangat berkesan sebab semut anti cuka.

5. Taburkan serbuk kayu manis dan cengkih dekat sarang semut itu.

6. Gunakan bedak untuk membentuk sebuah penghalang bagi mengelakkan semut dari memasuki rumah. Cer  try guna bedak bayi, serbuk cili, serbuk gosok, asam borat, boraks, dan garam. Cari kawasan dekat mana semut masuk dan taburkan serbuk tadi melintasi jalan semut itu. Ini akan halang semut itu masuk ruma.

7. Kalau semut datang dari wayar elektrik, telefon., boleh gunakan petroleum jelly..Yang itu semut benci sangat..dia memang pantang kalau bau minyak-minyak ni. Sapukan petroleum jelly tu dekat masukan wayar elektrik ke rumah korang,

Tips ini diambil dr Sang Arjuna
Siapa2 yg ada tips lain..boleh la share2...sharing is caring (^_^)v 

Sunday, June 26, 2011

Bahan pencuci semula jadi

Artikel dr blog anizyn  ni menarik perhatian saya..Jadi, di sini sy nk kongsi2 cara mudah n jimat utk bersihkan rmh.
lps ni, dah tak payah beli mcm2 jenis pencuci/detergent/chemical utk cuci rmh..Hanya guna cuka n soda bikarbonat je..jimat n mesra alam.

Cuka sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria kerana paras asid yang terkandung di dalamnya..

Cara-cara penggunaannya:

# Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.

# Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.

# Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

# Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.

# Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.

# Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.

# Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.

# Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

# Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

# Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.

# Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

# Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

# Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

Sunday, June 19, 2011

Ahli baru

Semalam keluar ke alam anda (a.k.a Alamanda), Carrefour sgt meriah dgn booth2 yg buat food sampling.
Rasenye boleh kenyang kalau singgah n 'merasa' semua booth food sampling tu.

Ade 1 booth yg berjaya buat sy terrrrbeli..
Ni die:


 
Ice Lemon Tea (NESTEA) ..terrr-beli sbb dpt freeee bekas shaker...hihi
1 paket boleh prepare utk 1 botol = 1 liter = 5 gelas.. just tambah air sejuk jer..dan goncang..n goncang.

Kandungan kalori n nutrien utama:

Saiz hidangan
1 gelas
Tenaga
51 kcal
Karbohidrat
12.7 g
Protein
0 g
Lemak
214 g
Gula
11.7 g
 Sumber: Label pd paket NESTEA Ice Lemon Tea


 Ni satu lg bende yg terrrberli akibat drp food sampling td:
perrfect couple?? coffee dan coffee mate


 mase rase sampling td..rasenye sgt...sgt..sgt sedap..
1 tsp kopi + 2 tsp gula (ikut sesedap rase) + 2 1/2 tsp coffee mate = 1 cawan
(so...arini nk try..jd serupa x mcm yg die buat sampling..)

 jadiii...
1 cawan = 0 kcal (kopi) + 40 kcal (gula) + 66 kcal (coffee mate) = 106 kcal
p/s: tgk kalori jer..dh x larat nk men'salin' nutrient composition kt label die  

itu la cite ahli2 baru utk Dapur Nisa ..welcome aboard..\(^_^)/


Saturday, June 18, 2011

Resipi cheese tart (improved sket)

Salam....Hola...

Kat sini sy nk share resipi cheese tart hasil hasil gabungan beberapa resipi n beberapa kali percubaan.


 
sy giller cheese tart..(^_^)


Bahan-bahan untuk pastry:

250g tepung gandum
30g tepung jagung
50g gula aising
150g mentega
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit garam (sebagai perasa)

Cara membuat:
  1. Ayak bahan-bahan kering.
  2. Masukkan butter, gaul sampai jadi serbuk roti.
  3. 
  4. Masukkan kuning telur, esen vanila sedikit garam.
  5. Uli hingga menjadi doh.
  6. Masukkan ke dalam acuan dan tekan mengikut bentuk acuan.
  7. Cucuk dengan garfu bahagian dalam tart sebelum dibakar.
  8. Bakar pada suhu 150 C selama 20 minit (atau sehingga masak, suhu pon sbnrnye ikut keadaan oven).

pastry yg dh siap dibakar. sedapnye bau ms tgh bakar dlm oven...
Bahan-bahan untuk cheese filling (resipi asal adalah drp cekgu azimah tp telah diubahsuai sikit):

500g cream cheese
80ml whipping cream (tp, saya x letak)
200g gula kastor
2 sudu besar tepung gandum (utk beri hasil cembung slps dibakar, tp saya dh try x letak ni n hasilnya sama je)
60g butter
2 biji telur
2 tbsp jus lemon
blueberry filling (utk hiasan)

Cara membuat:
  1. Pukul cream cheese sampai lembut.
  2. 
  3. Masukkan butter, gula diikuti tepung, telur, jus lemon dan whipping cream.
  4. 
  5. Setelah sebati n nmpk fluffy, masukkan adunan ke dalam piping bag untuk diisi ke atas pastri tadi.
  6. Bakar pada suhu 150 C sampai cheese filling tu jd pejal sket
p/s: tp..bile gune resipi ni, filling die terlalu lembut..smpai melekat2 kt gigi bhgn atas n langit2..adekah disebabkan whipping cream n tepung gandum tu..hum..next time nk try yg x payah gune whipping cream.

sape2 yg ade cadangan boleh lerr tinggalkan komen 





Before n after dibakar

Resipi ni boleh hasilkan lebih kurang 30 ketul yang saiz kecil (~20g seketul)


Jom kita tgk kandungan kalori & nutrien dalam seketul cheese tart ni:

1 hidangan
1 ketul (20 g)
Tenaga
81 kcal
Karbohidrat
7 g
Protein
1.4 g
Lemak
5 g
Gula
2.8 g

SOoo..
berapa banyak kita boleh makan?

Minum petang kita disarankan ambil sebanyak 250 kcal.
Jadi petang nanti boleh arr makan 3 ketul cheese tart shj. (^_^)v



Cheese Tart on FoodistaCheese Tart

Thursday, May 26, 2011

Main masak-masak bersama ili & nime

Once upon a time, during weekend...

 

cheese tart yg belum masak..yg dh siap lupe lak nk amk gmbr. yg dh siap same mcm post yg sebelum ni





2 jenis oreo cheese cake


oreo cheese cake-no bake berdasarkan resipi Nutritionists' Choice Cookbook

oreo cheese cake resipi Ana


Lepas dh sibuk2 buat mende2 comey kt atas tu...ktorg mkn besar:



Ikan talapia 3 rasa (sy yg buat ni ... hee)
Telur dadar (Nime yg buat)
Sambal ikan bilis (special dari ili)

tentu seronot kalau dpt jd suri rumah sepenuh mase. bleh try mcm2 resipi baru..(^^,)...urm..tp kalau dh full time jd suri rumah..ckup kah duit utk berfoye2..hum


Wednesday, May 18, 2011

cheese tart - 1st attempt

1st attempt - cheese tart


Inilah hasil ilmu dr kelas Azimah Cooking Class
Terima kasih cekgu Azimah. 

2nd trial ..Sy ubah suai sket resipi sbb 1st trial (spt gmbr di ats) mcm krg rapuh. 
Sy kurangkan sket kuantiti tepung, gune tpg gandum biase jer n campur tpg jagung sket.

berposing di kelas


Owh ye..x lupe jgk kpd kak jiha yg beri resipi cheese tart..sy wat pastri utk tart gune resepi yg akak bg aritu.
Sedaaapnye..so, psni klo tringin nk mkn cheese tart, sy dh x yah nk beli, bleh wat sendiri jer.. heee







Once upon a time.. in the kitchen

Hai, ini name nye Mr. Italo; sejenis italian herbs..

.
.
.


ni kembar die; Mr. Pepper

.
.
.


Ms. Olivia yg digilai oleh byk herba2 termasuk Italo n Pepper..

.
.
.


to be continued... heh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang